Kontroversi Mambang (lagu)

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Mambang" menjadi sohor kini dan subjek kontroversi apabila warganet dan peminat membuat andaian bahawa lirik lagu itu dikatakan ditujukan kepada lagenda hip hop, Malique yang merupakan bekas ahli kumpulan Too Phat.[4][5][6] Dalam temubual bersama mStar Online, Altimet menjelaskan melodi dan lirik "Mambang" berkisarkan mengenai dirinya sendiri. Beliau berkata:

"Tidak. Ia bukan berkenaan atau ditujukan kepada sesiapa dan perkara ini memang yang banyak bertanya kepada saya. Tahun lalu saya mendapat idea menghasilkan lagu ini daripada seorang teman apabila dia kata perjalanan dunia seni saya sudah jauh berjalan. Lirik lagu itu sebenarnya mengenai diri saya yang dahulu dan saya 'tembak' (menyentuh) diri saya yang sekarang. Saya lawan dengan diri sendiri [...] Mambang itu merujuk kepada diri saya yang lama dan pada tahap sekarang saya tak kisah jika masih ada yang tak percaya. Saya sendiri memang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku sebelum melancarkan "Mambang"".

Altimet dalam ciapan di Twitternya bagaimanapun, menyerahkan kuasa kepada peminat dan warganet untuk menilai kandungan lagu tersebut, mahupun percaya atau tidak.[7] Beliau turut mendedahkan "Mambang" bersifat abstrak mengikut konsep yang dicetuskannya iaitu 'aku lawan aku'.[8]

Rujukan

WikiPedia: Mambang (lagu) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/kalau-nak... https://music.apple.com/my/music-video/mambang/137... https://ohbulan.com/peminat-hip-hop-dakwa-lagu-mam... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://rojakdaily.com/entertainment/article/4590/... https://says.com/my/seismik/lagu-mambang-altimet-t... https://open.spotify.com/track/4susxve9XwAKpgyyMyU... https://www.thevocket.com/sejarah-lagu-diss-track-... https://www.youtube.com/watch?v=lw6BINnYH6w https://era.je/interaktif/gosip-mossip-mak-jemah-g...